Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim mereka? Adakah mereka menganut agama Islam?
Rejim Asad sebenarnya berpegang kepada Syiah Nusairi. Golongan ini jauh sama sekali daripada mengamalkan Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Di dalam Syiah Nusairi, mereka mempunyai 6 mazhab dan akidahnya mengikut setiap mazhab. Antara aqidah yang terdapat di dalam Syriah Nusairi adalah:
- Mereka bertuhankan matahari.
- Mereka bertuhankan bulan.
- Mereka juga ada yang bertuhankan awan.
- Yang paling menjijikkan adalah, mereka juga bertuhankan kemaluan wanita. Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa manusia lahir daripada rahim wanita dan wajib menghambakan diri padanya.
Itulah diantara aqidah sesat Syiah Nusairi yang dianut oleh rejim Bashar Asad.
Ironinya politik negara Arab, tampuk kuasa politik dan ketenteraan Syria dikuasai dengan ketatnya oleh puak minoriti, iaitu Syiah Nusairi. Mereka asalnya penduduk pergunungan yang tidak sangat terdedah kepada pelajaran dan kemajuan, tetapi tokoh-tokoh dari kalangan mereka lah yang memang sedang berkuasa sepenuhnya di Syria.
Sungguh malang apabila negara yang mengasilkan ribuan ulama' warisan ASWJ ini dikuasi minoriti; Syiah Nusairi tersebut.
Golongan minoriti yang memegang tampuk pemerintahan ini ternyata mempunyai hubungan baik dengan Iran, juga sebuah negara Syiah. Walaupun bukan dari fahaman Syiah yang sama, tetapi mereka mempunyai hubungan diplomatik yang agak erat. Jika dilihat di atas peta dunia, Syria berkedudukan strategi, mencelahi Iran, Turki dan Israel: tiga negara yang mempunyai arah yang cukup ketara perbezaaannya.
Bagaimana kita dapat mengerti tanah yang begitu subur melahirkan para ulama tetapi telah dikuasai oleh golongan minoriti Nusairi? Tiadalah Allah menentukan sesuatu dengan sia-sia, mungkin ada asrar di sebalik semua ini.
Kita juga mengetahui sikap ulama Syria terbagai kepada dua; satunya golongan yang menentang penguasaan golongan minoriti Nusairi, kebanyakan mereka terusir dari tanah air mereka atau diancam oleh pihak berkuasa. Sementara satu lagi tidak mahu mencampuri urusan politik; mereka mahu menyampaikan ajaran agama kepada ummah dan mentazkiyyahkan jiwa ummah. Mereka mahu berada mengatasi kemelut kuasa. Untuk berada di kedua-dua pendirian ini adalah sesuatu yang sangat mencabar.
Mengikut pendedahan yang telah didedahkan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi yang merupakan pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi, revolusi yang telah berlaku di Syria telah dijadikan peluang untuk mereka (Nusairi) membantai sekejam-kejamnya golongan Sunni. Hal ini kerana, di dalam aqidah Syiah, membunuh golongan Sunni yang digelar sebagai Nasibi adalah sangat afdhal dan besar pahalanya.
Apakah pandangan ulama’ terhadap pegangan ini?
Ijma’ Ulama’ Sunni telah mengeluarkan fatwa bahawa penganut Syiah Nusairi ini telah terkeluar daripada ahlul kiblat. Mereka disebut sebagai golongan ghullat termasuk puak Druze yang ramai di Bukit Golan dan Lubnan. Merekalah yang hakikatnya sedang menguasai politik Syria sekarang.
p/s: Encik Billy tak dapat memastikan kebenaran info2 di atas, namun berdasarkan sumber dari harian metro, ia mungkin boleh dipercayai...jika ya, nauzubillah! Semoga mereka beroleh hidayah, dan semoga saudara kita di Syria dilindungi Allah daripada menjadi mangsa kekejaman regim Bashar Asad ini.
sumber: harian metro, http://ahlitasawuf.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan