Pages

Subscribe:

Sabtu, 31 Mac 2012

Foto Terbaru Acheh Selepas 7 Tahun Di Landa Tsunami

Foto Terbaru Acheh Selepas 7 Tahun Di Landa Tsunami:
Kawan-kawan, ada satu aritikel dari seorang sahabat kita yang bernama addin dia baru sahaja pulang dari Acheh Indonesia. Dan di bawah ni dia ada berkongsi pengalaman tentang keadaan di sana setelah 7 tahun dilanda tsunami yang dahsyat.




Pada tanggal 23 Nov baru-baru ini, Addin berkesempatan ziarah ke bumi Acheh. Addin sempat menziarahi tempat bersejarah dan kesan-kesan tinggalan tsunami. Addin juga berkesempatan menziarahi dan bersua muka dengan mangsa-mangsa tsunami Acheh. Rata-rata penduduk Acheh yang Addin temui sangat menyambut baik kedatangan kami. Masyarakat Acheh sungguh terkenal dengan keramahannya.



Mula-mula agak janggal dengan pertuturan serta makanan  masyarakat Acheh, lama kelamaan menjadi biasa. Kebanyakan restoran masyarakat Acheh menyediakan masakan Melayu Minang.


Banyak perubahan telah berlaku di bumi Acheh setelah 7 tahun di landa tsunami. Daripada bantuan masyarakat dunia yang diterima, Acheh boleh dikatakan kembali pulih walaupun tak sepenuhnya. Bantuan masyarakat antarabangsa mencurah-curah selepas berlakunya tsunami pada 26 Disember 2004. Agak sedih dan sayu melihat mangsa tsunami yang kehilangan kaum keluarga tercinta.

Sejarah Acheh kalau di lihat terlalu panjang dan berliku-liku, bermula dengan pemerintahan Sultan Iskandar Muda sehingga ke pemerintahan Belanda. Gerakan Aceh Merdeka (GAM) kian rancak menuntut kemerdekaan Aceh selepas pelucutan Daerah Kegiatan Tentera  pada 7 Ogos 1998 yang sudah berlangsung selama 10 Tahun sejak 1989. Melalui perbualan dengan masyarakat setempat, GAM di wujudkan akibat ketidakpuasaan hati rakyat Acheh terhadap pemerintah kerajaan pusat.

Acheh di anak tirikan oleh kerajaan pusat dan ini juga berlaku di Malaysia.  Tetapi, kini GAM telah di bubarkan mengikuti MOU yang di sepakati di Helsinki, dan Acheh telah di berikan autonomi khusus, sehingga Acheh kembali kepada Indonesia. Semua ini berlaku selepas tragedi tsunami yang meragut hampir 220,000 mangsa.

Kemungkinan ini hikmahnya berlaku tsunami pada 26 Dis 2004, ianya bukan sahaja mengubah landskap Acheh tetapi juga mengubah landskap politik Acheh.. sehingga tercetusnya perdamaian di antara GAM (kini di kenali Partai Acheh) dengan kerajaan pusat Indonesia. Partai Acheh kini menjadi pemerintah di Acheh, kebanyakan pemimpinnya adalah bekas pimpinan dari GAM. Alhamdulillah.. Acheh satu-satunya provinsi di Indonesia yang mempunyai undang-undang Syariah beserta polis syariah.

Gambar-gambar sekitar ziarah Acheh  :-

Kesan tinggalan tsunami
Sate Acheh
Setiap pokok di Banda Acheh di tanda macam ni, ia merupakan paras air semasa tsunami




Kapal Tsunami di Lampulo, Acheh




Kapal janakuasa lektrik diesel PLN yang hanyut 5km dari pantai
Masjid Baiturrahim yang selamat dari tsunami walaupun beberapa meter dari pantai
 
Makam Syeikh Kuala, yang selamat dari tsunami
Mimbar Masjid raya Baiturrahman
Masjid raya Baiturrahman
Pokok Kohler, tempat  Jeneral Belanda yang dibunuh oleh pejuang Acheh
Longa Beach



Jalan Pasar Acheh









Muzium Tsunami Acheh yang disumbangkan oleh World Bank


Pemandu pelancong Addin, Eric Hiadayat




Pak Fendi, driver bas kami yang kehilangan isteri 2 anak semasa tsunami melanda. Sehingga ke hari ini mayat mereka belum ditemui.


Sumber asal : Addin

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!