Pages

Subscribe:

Sabtu, 7 April 2012

5 Penyakit Paling Jarang Di Temui Di Dunia

5 Penyakit Paling Jarang Di Temui Di Dunia:                                                                        Progeria


Progeria disebabkan kurang upaya kod genetik, yang membuat seorang kanak-kanak kelihatan seperti orang lanjut usia. Rata-rata, anak yang lahir dengan penyakit ini akan meninggal pada usia 13 tahun. Tubuh anak pengidap progeria akan mengalami penuaan dengan cepat termasuk keguguran awal, penyakit jantung, penipisan tulang dan radang sendi.
Penyakit ini sangat jarang ditemui, pengidapnya hanya 48 orang di seluruh dunia yang masih hidup.

Kaki Gajah

                   

Filariasis juga dikenali sebagai kaki gajah, digambarkan seperti membengkaknya anggota tubuh seperti lengan dan kaki. Penyakit ini disebabkan oleh cacing parasit, Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan B. timori, yang disebarkan nyamuk.
Filariasis ketika ini mempengaruhi 120 juta orang di seluruh dunia, 40 juta pengidapnya mengalami penyakit serius.

Manusia Serigala



Sindrom manusia serigala atau Wereworlf syndrome bertanda dengan tumbuhnya bulu di sekujur tubuh termasuk wajah. Pesakit akan mirip manusia singa tanpa kuku dan gigi taring.

Penyakit Kulit Biru


Sebuah keluarga besar yang dikenali sebagai "orang biru" hidup hingga tahun 1960-an di Creek Kentucky Amerika Syarikat. Mereka mempunyai kulit biru. Sebahagian besar mereka hidup hingga melewati usia 80, tanpa penyakit serius.Sifat itu diwariskan dari generasi ke generasi. Kulit pesakit berbeza dengan keadaan kulit biru, plum, hingga berwarna ungu.

Garis Blaschko




Garis Blaschko adalah sebuah fenomena yang sangat jarang dan tak dapat dijelaskan secara perubatan. Anatomi unik manusia ini pertama kali ditemui pada tahun 1901 oleh doktor kulit Jerman Alfred Blaschko. Garis Blaschko ialah gaya tak terlihat akibat gangguan DNA manusia. Penyakit ini diwariskan dan terlihat di kulit atau mukosa dengan visual bergaris-garis berpola V atau S di punggung, dada, dan perut.

terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami 




0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!