juga sebagai tambahan kepada kwn2 semua,
doa-doa dan zikir-zikir yg mungkin boleh kita amalkan.
Berdasarkan riwayat yang muktabar doa-doa dan zikir-zikir berikut adalah menjadi amalan Rasulullah SAW bagi menghilangkan kesusahan, kesukaran, kebuntuan, kebimbangan, kekecewaan, kesedihan dan kedukacitaan.
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيم
Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Agung. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan ‘arasy yang mulia.
سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Mahasuci Allah yang Maha Agung
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ
Allah Yang Tetap Hidup, lagi Maha Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya.
(Sifat Hidup merangkumi semua sifat kesempurnaan. Kekal Mentadbir dengan sendirinya merangkumi seluruh sifat kesempurnaan.)
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو ، فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Ya Allah Aku mengharapkan rahamatMu. Wahai Tuhanku perbaikkanlah seluruh keadaan diriku; dan janganlah Engkau serahkanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. Tiada tuhan melainkan Engkau.
اللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
7 kali
Allah adalah Tuhanku, aku tidak menyengutiNya dengan sesuatu pun
اَللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ؛ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ ، أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ ، رَبِيعَ قَلْبِي ، وَنُورَ صَدْرِي ، وَجِلاَءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي
Wahai Tuhanku, aku ini adalah hambaMu anak dari dua orang hambaMu (seorang lelaki dan seorang perempuan), ubun-ubun (gerak fikiran dan perasaanku) adalah ada di tanganMu, berlaku atasku sebarang hukumMu, adalah sangat adil segala kepastianMu ke atas diriku. Aku bermohon dengan segala nama yang Engkau punyai, yang Engkau namakan diri Engkau dengannya, atau nama yang Engkau turunkan pada kitab Engkau, atau nama yang pernah Engkau tunjukkan kepada salah seorang makhlukMu, atau nama yang Engkau pegang rahsianya di dalam ilmu ghaibMu. Aku bermohon dengan segala nama itu supaya Engkau jadikan Al-Quran sebagai siraman bagi hatiku, menjadi cahaya mataku, menjadi penghalau segala dukaku, menghalau keluh-kesah dan segala kegelisahanku.
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
Tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau. Maha Sucilah Engkau sesungguhnya aku mengaku bahawa aku adalah dari orang-orang yang melakukan kezaliman.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
Wahai Tuhanku! Aku berlindung padaMu dari menjadi lemah, malas, pengecut, terlalu tua dan bakhil, dan dari tekanan hutang danpenindasan orang.
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلـٰهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِي ، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, Engkaulah Tuhan yang menciptaku. Akulah hambaMu dan aku akan mengotakan segala ikrar dan janjiku denganMu sedaya upaya yang ada padaku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan perbuatan yang telah kulakukan. Aku mengaku kepadaMu terhadap nikmat-nikmat yang telah engkau kurniakan kepadaku dan aku juga mengaku dengan dosaku. Oleh itu ampunkan daku kerana sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau.
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.
***
Ibn Qaiyim menjelaskan di dalam kitab al-Tibb al-Nabawiy:
Doa-doa dan zikir-zikir seperti di atas adalah penawar kepada keresahan, kebimbangan, kerunsingan dan kesedihan. Jika penyakit itu telah menguasai diri dengan sebab-sebabnya yang tidak dapat dielakkan maka seseorang itu perlulah membuat perubahan diri secara menyeluruh berasaskan perkara berikut:
1. 1) Mentauhidkan Rubibiyyah Allah2) Mentauhidkan Uluhiyyah Allah3) Mentauhidkan Allah dalam pengetahuan dan iktiqad mengenaiNya 4) Memahasucikan Allah daripada melakukan kezaliman terhadap hambaNya atau mengenakan sesuatu tanpa suatu sebab yang dilakukan hambaNya.5) Mengakui kezaliman diri sendiri6) Bertawassul (menjadikan pengantara) menghubungkan diri kepada Allah dengan suatu yang paling disukai Allah iaitu nama-namaNya dan sifat-sifatNya. 7) Memohon pertolongan dan bergantung hanya kepada Allah8) Mengakui berharap hanya kepada Allah. 9) Merealisasikan tawakkal, berserah diri dan membuat pengkuan kepada Allah bahawa diri sendiri adalah dalam genggaman kuasa Allah. Dirinya diperlakukan mengikut kehendak Allah. Apa yang berlaku pada dirinya adalah mengikut keketetapan Allah. Keadilan terhadap dirinya adalah mengikut keputusan Allah. 10) Menyuburkan hati dengan al-Quran. Menjadikan al-Quran untuk hatinya seperti haiwan berada di tempat penternakan. Menjadikan al-Quran sebagai penerang dalam kegelapan suatu yang meragukan dan syahwat. Menenangkan hati dengan al-Quran dan menjadikannya sebagai takziah di atas segala musibah yang menimpa diri. Menjadikan al-Quran sebagai penawar dada sehingga menghilangkan kesedihan, kedukacitaan dan kebimbangan. 11) Istighfar12) Taubah 13) Jihad14) Solat15) Berlepas diri daripada keupayaan dan kekuatan diri di samping menyerahkannya kepada yang maha berkuasa memilikinya.
***
Al-Tabrani mengemukakan riwayat daripada Shaddad bin Aus beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta‘ala berfirman: Mana-mana hamba mukmin yang Aku cuba dengan bala namun ia tetap memujiKu, maka nescaya apabila ia bangun dari tempat ia berbaring, ia bangun seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya iaitu bersih dari dosa. Pada ketika itu Allah berfirman: Aku kurung hambaKu ini dan aku mengujinya. Oleh itu (wahai malaikat) tuliskan untuknya apa yang kalian selalu tuliskan sebelum itu.
Sabda Rasulullah SAW: Dua kalimah yang ringan dan mudah disebut, tetapi berat di dalam neraca timbangan amal, di samping disukai oleh al-Rahman:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah dengan puji-pujian bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Al-Dailamiy meriwayatkan daripada Anas RA daripada Nabi SAW bahawa kalimah yang boleh menghilangkan kemudaratan dan kesakitan ialah:
تَوَكَّلْتُ عَلَى حَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوْتُ ، الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا ، وَلَم يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلَّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا
Aku bertakwakkal kepada Allah yang Hidup dan tidak mati Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!
0 ulasan:
Catat Ulasan