Di Malaysia sering berlaku kesesakan lalu-lintas. Ketika itu pergerakan kita untuk sampai ke destinasi terganggu atau terhalang. Persoalannya ialah, apabila masuk waktu solat, macam mana kita nak sembahyang, padahal tengah trafik jem? Jom baca soal jawab di bawah tentang permasalahan ini.
SOALAN :
Apa hukum jika tertinggal solat ketika berada dalam kesesakan lalulintas?
Bolehkah saya melakukan solat jama’ dalam keadaan begini?
Bolehkah saya melakukan solat jama’ dalam keadaan begini?
JAWAPAN :
Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Jawapan:
Hukumnya adalah berdosa kerana solat tidak boleh diitinggalkan walau dalam apa jua keadaan. Ini kerana Islam telah menyediakan kaedah solat ketika berada dalam kesulitan dan kepayahan seperti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya.
Perkara yang mesti dilakukan oleh saudara menurut Syaikh Solleh Munajjid ialah saudara boleh menjamakkan solat antara zohor dengan asar atau maghrib dengan isyak.
Malah menurut Asy-Syaikh Ibn Uthaimain pula dalam Fatwanya, sekiranya seseorang yang berniat musafir, boleh melakukan solat jamak antara zohor dengan asar di rumahnya sebelum keluar musafir sekiranya bimbang akan terlepas waktu asar. Ini disebabkan kita menaiki kenderaan awam yang bukan milik sendiri yang menyebabkan susah untuk berhenti bagi menunaikan solat. Walaubagaimana pun ianya mestilah dilakukan dengan 4 rakaat bukannya 2 rakaat. Iaitu tidak boleh men’qasar’kan solat tersebut kerana belum mula musafir.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah saw :
Hadis daripada Ibn Abbas r.a. katanya : Rasulullah sa.w. menghimpunkan antara solat Zuhur dan ‘Asar dan antara Maghrib dan Isya’ di Madinah, bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujan. Dan di dalam lafaz yang lain: Bukan kerana takut dan bukan kerana safar, Lalu (Ibn Abbas) ditanya: Mengapa baginda s.a.w. berbuat demikian? Jawabnya: Baginda s.a.w menginginkan agar tidak menyusahkan umatnya”. (HR Muslim : 1151)
Inilah yang sebenarnya yang perlu dilakukan oleh mana-mana umat Islam yang menghadapi masyaqqah / kesusahan dalam mengerjakan solat fardhu samada ianya sedang bermusafir mahupun bukan bermusafir.
Wa Allahu A’alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan