Israel Kehabisan Gas Nak Serang Mesir Pulak:
Ketua kakitangan tentera Israel Mejar Jeneral BennyGantz mengatakan, pasukan Israel siap sedia menyerang Mesir, Komentar tersebut dipaparkan setelah Mesir menghentikanbekalan gas asli ke Israel.
Laporan Israel, langkahMesir itu dianggap melanggar perjanjian perdamaian Camp Davidtahun 1979. Al-Arabiya melaporkan.
Sementara itu, pemimpin pembangkang Israel, ShaulMofaz memperingatkan krisis hubungan antara Mesir-Israel yang belum pernah terjadi sebelumnya,ia menyebut, polisi Mesir melanggar perjanjian ekonomi dua negara.
Mofaz lebih lanjut mengatakan, campur tangan Amerika Syarikat dapat menyelesaikan masalah kedua-dua negara.
Tidak ketinggalan, Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman juga mengatakan, pembatalan perjanjian, bukan petanda baik.
Saking khawatirnya, Israel menyebut keputusan Mesir sebagai pertikaian perdagangan. "Kami ingin memahami ini sebagai pertikaian perdagangan. Saya fikir untuk menukar pertikaian perniagaan ke dalam perselisihan diplomatik adalah satu kesilapan," katanya.
Anggota Knesset Binyamin Ben-Eliezer, tanda tangan perjanjian gas Mesir-Israel mengatakan, pemutusan perjanjian, adalah indikasi konflik Israel dan Mesir.
Kemudian, dia mendakwa bahawa syarikat tenaga Mesir tidak boleh menghentikan kesepakatan tanpa sokongan kerajaan. "Ini keputusan politik. Sebuah syarikat swasta tidak boleh menghentikan kesepakatanantara negara-negara," katanya
.
"xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ"
Khamis, 26 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!
0 ulasan:
Catat Ulasan