Pages

Subscribe:

Jumaat, 20 April 2012

Kenapa Semut Kelihatan Berhenti Sejenak Bila Bertemu Sesama Sendiri?

Kenapa Semut Kelihatan Berhenti Sejenak Bila Bertemu Sesama Sendiri?:




Mengapa semut akan berhenti seketika jika bertembung dengan semut yang  lainnya? Semut yang kelihatan “saling menyapa” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. T.C. Schneirla, seorang saintis di New York University, pernah melakukan kajian terhadap semut.

Beliau meletakkan seekor semut ke dalam tempat yang berisi makanan. Seekor semut yang lain pula diletakkan ke dalam bekas yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua semut ini diamati terutama ketika berpasangan dengan semut-semut yang lain di jalanan.

Dari kajian itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan menempel pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut yang dianggap sebagai rakannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).


Dengan saling 'menyapa' inilah zat kimia dari semut akan memberitahu rakannya (melalui antena di kepala semut) tentang keadaan sekitarnya sama ada terdapat makanan ataupun musuh.

sumber: http://pangkalan-unik.blogspot.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!