Selama 30 tahun menjalani pernikahan tanpa melihat wajah isteri ternyata tak menanam perasaan ingin tahu si suami. Diam-diam, lelaki ini nekad menyingkap purda di wajah isterinya yang tengah lelap tertidur. Hanya, jawapan atas rasa ingin tahu itu perlu dibayar 'mahal' dengan tuntutan cerai si isteri, 2008 lalu. Si isteri yang sudah berusia 50-an tahun merasa dikhianati. Ia nekad menghendaki perceraian, meski suami sudah berulang kali meminta maaf dan berjanji tak mengulangi perbuatannya.
"Setelah sekian tahun, dia (suami) cuba melanggar komitmen, ini sudah kesalahan besar," kata isteri kepada akhbar tempatan, Al-Riyadh, seperti dipetik dari laman Daily Mail. Apa yang dilakukan wanita itu merupakan bentuk kepatuhan terhadap tradisi yang tumbuh subur di kampungnya, tak jauh dari Khamis Mushayt, wilayah barat daya Arab Saudi. Bukan ajaran Islam, namun tradisi ini tumbuh subur di beberapa kawasan terpencil di beberapa negara Teluk.
Itu pun bukan satu-satunya kes. Seorang lelaki bernama Ali al-Qahtani juga menerima ancaman cerai ketika cuba membuka purdah isterinya selepas 10 tahun perkahwinan. Bertuah ia dimaafkan setelah berjanji tak akan mengulangi perbuatannya. Sementara Hassan Al-Atibi mengancam akan berkahwin lagi jika isterinya tak bersedia membuka purdah. Bukannya terancam, si isteri malah mencarikan wanita yang tak menganut tradisi itu untuk dijadikan isteri kedua. Merelakan suaminya poligami agaknya lebih baik daripada menunjukkan wajahnya ke suami. Rabea al-Gahdaray, 70, salah satu wanita yang menjalani tradisi ini mengatakan bahawa suami tidak boleh melanggar komitmen yang telah disepakati sebelum perkahwinan. Suami tak boleh mengubah tradisi yang telah terbangun sejak zaman lelulur mereka. Apabila ditanya bagaimana boleh mempunyai anak tanpa membenarkan suami melihat wajah dan tubuhnya, al-Gahdaray menjawab, "Pernikahan itu tentang cinta, bukan wajah.
0 ulasan:
Catat Ulasan