Suasana malam minggu di negara Swaziland menjadi sangat meriah, dengan kehadiran 40000 wanita muda yang masih dara. Mereka menghadiri pesta, dan menarikan tarian khas, dalam gerak tari penuh menggoda. Tujuannya untuk membuat jantung raja Mswati III tertarik, agar memilihnya untuk dijadikan isteri raja yang ke-14. Para wanita muda yang dijamin 100 % masih dara ini begitu bersemangat untuk membuktikan impiannya. Impian menjadi wanita bangsawan dengan kehidupan glamour.
Dalam acara tarian ini, para anak dara mengenakan baju pesta, dengan membiarkan buah dadanya terdedah. Dan ini memberikan kesempatan raja Mswati III untuk melihat keindahan tubuh gadis – gadis tersebut secara dekat. Pesta adat tahunan yang dianjurkann di kota Ludzidzini tersebut, seperti biasa mendapat liputan meluas media di seluruh dunia.
Raja yang tahun ini usianya menginjak ke 42 tahun ini, semua isteri – isterinya dipilih melalui pesta tahunan ini, kecuali isterinya yang ke-12.
Bak kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Hal ini tidak menghairankan mengingatkan ayah kandungnya ( raja Sobhuza II ), semasa hidupnya telah berkahwin dengan 70 wanita, dan memiliki 210 anak. Jadi raja Mswati III hanya menunggu masa sahaja untuk memecahkan rekod tersebut!
0 ulasan:
Catat Ulasan