Pages

Subscribe:

Sabtu, 12 Mei 2012

Hukum menuduh orang sebagai KAFIR

Hukum menuduh orang sebagai KAFIR:

Isu mengkafirkan atau melabelkan seseorang itu sebagai kafir adalah salah dosa di sisi Islam. Ia bertentangan dengan ajaran baginda Nabi Muhammad SAW kerana sifat ini boleh mendatangkan fitnah yang besar.
Kini sedang hangat apabila terdapat isu apabila seorang individu tampil membuat kenyataan di akhbar dan menyatakan individu lain sebagai kafir. Namun sebagai orang Islam, bolehkah kitamenuduh orang lain iaitu Islam sebagai kafir? Menuduh orang Islam kafir ataupun munafiq tanpa asas, maka berdosa. Namun jika orang tersebut jelas memiliki tanda-tanda kafir atau munafiq, berusahalah untuk berdakwah kepadanya menurut kemampuan masing-masing.
Tanda-tanda orang kafir iaitu, suka memecah belah antara Allah dan Rasul-Nya, kafir kepada Allah dan Rasul-Nya, iman kepada sebahagian perintah Allah tetapi juga menolak sebahagian perintah Allah, suka berperang di jalan syaitan (thaghut), mengatakan nabi Isa anak Tuhan, agama dibuat gurau senda atau permainan, lebih menyukai kehidupan duniawi, mengingkari adanya hari berbangkit, menghalang manusia ke jalan Allah SWT. (Rujuk Al-Quran surah Muhammad ayat 1 hingga 2)
Kemudian tanda-tanda orang munafiq iaitu sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu mengingkari, apabila ia diberi amanah ia khianat”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika tanda-tanda ini terdapat pada seseorang maka mereka tergolong orang munafiq ataupun orang kafir, namun janganlah menuduh orang Islam sebagai kafir atau munafiq di hadapannya, kerana perkara ini dapat mengguris hati mereka. Namun ajaklah mereka ke jalan yang benar dan diredhai Allah. Rasulullah SAW tidak pernah menuduh seseorang itu munafiq dihadapnnya walaupun baginda sendiri mengetahui bahawa orang itu tergolong orang munafiq. (Sila rujuk kisah Abdullah Bin Ubay)
sumber: melayukini.net

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!