Pages

Subscribe:

Isnin, 11 Jun 2012

Hanya Kerana Teguran, Lelaki Ini Dipenjara 15 Tahun

Hanya Kerana Teguran, Lelaki Ini Dipenjara 15 Tahun:

Mesir – Seorang lelaki yang dipenjarakan selama 15 tahun hanya kerana menegur bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak supaya `takutkan Allah’ akhirnya membuka mulut menceritakan bagaimana dia berdepan dengan layanan buruk sepanjang tempoh berkenaan.
Menurut Sheikh Ali al-Qattan, kejadian berlaku pada 1993 ketika dia sedang bersolat di sebuah masjid di Arab Saudi apabila Hosni memasuki dewan sembahyang.
“Ia merupakan insiden spontan, dan saya tidak merancang pun untuk menegurnya,’ katanya.
Menurut Sheikh Ali, selepas selesai solat, dia berpaling ke belakang dan mendapati Hosni di situ namun dewan itu dikosongkan bagi membolehkan beliau bersembahyang.
Selain itu, pengawal peribadinya mengelilingi bekas Presiden itu dengan lengkap bersenjata, seolah-olah mereka sedang mengawai tahanan menyebabkan keadaan di dalam masjid menjadi tidak selesa.
Dia kemudiannya berdiri dan mendekati Hosni sambil memberitahunya `takutkan Allah’ namun tanpa disangkanya ia membangkitkan kemarahan Hosni.
Ketika itu, katanya Mesir dalam era pertempuran dengan pelampau Islam dan 1993 merupakan tempoh paling tegang sehinggakan 1,100 orang terbunuh atau cedera dalam serangan yang dilancarkan oleh pelampau berkenaan.
Keadaan itu telah menyebabkan kebimbangan kepada Hosni.
Selepas berkata demikian, katanya, Hosni memandangnya dengan perasaan tidak puas hati dan kemudian pengawalnya menolaknya keluar dari dewan tersebut.
“Pengawalnya kemudian menutup mulut saya bagi mengelakkan saya berkata-kata lagi dan dalam masa sama mereka memeriksa senjata pada badan saya sebelum seorang pengawal memberitahu bahawa saya telah memalukan Hosni kerana ia berlaku di luar negara,” katanya.
Namun kata Sheikh Ali, dia membalas kepada pengawal peribadi itu, “kita di dalam masjid, ia adalah untuk semua umat Islam sejagat dan ia adalah teguran yang betul”.
Sheikh Ali kemudiannya dibawa dari Madinah ke Jeddah untuk disiasat dan dirantai dengan 10 kilogram bola besi ketika berjalan dari lapangan terbang ke pesawat.
“Saya seolah-olah pengganas. Mereka mengikat saya dengan rantai dan tangan digari. Mereka memaksa saya minum sedatif, namun saya memaklumkan saya berpuasa dan tidak akan minum apa-apa.
“Setibanya di Mesir, penyiasat mendapati saya tidak ada kaitan dengan kumpulan pengganas namun saya tidak dibebaskan malah rayuan sebelum ini ditolak oleh Hosni,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!