Pages

Subscribe:

Isnin, 24 September 2012

Wajah Pengarah Filem Innocence of Islam Didedahkan

Wajah Pengarah Filem Innocence of Islam Didedahkan:




Untuk pertama kalinya, wajah sutradara filem kontroversi Innocence of Islam, Nakoula Basseley Nakoula, didedahkan kepada umum. Dalam gambar yang baru sahaja muncul, lelaki berusia 55 tahun itu dilihat sedang duduk di samping aktres Anna Gurji, yang turut berlakon di dalam filem tersebut.


Lelaki yang juga dikenali dengan nama Sam Bacile itu sedang ditahan oleh pihak polis di Amerika Syarikat (AS). Meskipun begitu, Nakoula tidak ditahan di penjara. Lelaki itu juga bersedia untuk menjalani pemeriksaan polis.


Nakoula adalah seorang warga Kristian Koptik Mesir yang ketika ini tinggal di California. Lelaki itu pernah didakwa atas kesalahan dadah dan pernah dipenjarakan pada 2011 lalu. Demikian, seperti dipetik dari akhbar Daily Mail , Minggu (16/9/2012).

Selain kes dadah, Nakoula juga dikhabarkan terlibat dalam skandal bank pada 2010. Namun Nakoula dibebaskan pada Jun 2011.

Sebelum ini, lelaki itu dirakamkan foto tanpa menunjukkan wajahnya. Namun ketika ini, pihak media telah berjaya membongkar wajah sebenar Nakoula.

Dalam gambar itu, Nakoula terlihat sedang duduk dengan Anna Gurji, aktres yang terlibat berlakon dalam filem itu. Gurji berperanan sebagai isteri Nabi Muhammad kini sedang dibelenggu ketakutan dengan insiden itu. Gurji sendiri tidak tahu menahu tentang perubahan carita asal filem tersebut.

“Saya berperanan sebagai pengantin muda dari seorang lelaki bernama George. Saya sendiri tidak tahu mengapa nama George diubah dengan nama Muhammad. Saya mengurung diri di rumah saya, saya takut warga di Timur Tengah akan menyalahkan saya,” ujar Gurji.

sumber: dailymail, okezone

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!